Saturday, May 9, 2009

MENU NASI LEMAK SAMBAL DAGING TEMPATAN

Ni semua bahana dok teringat nasi lemak kuning Bandar Baharu le ni. Nak pi makan di Bandar Baharu jauh la pulak. Last-last.....biro makanan BIKET buat kata sepakat....kita makan nasi lemak lah. Chef Cup pun dimaklumkan.....tok penghulu kasi menu....akhirnya pada 23 April 2009, terlaksanalah projek nasi lemak pulak. SEDAP

Menu mengikut putaran jam, timun potong bergerigi, kacang tanah goreng sendiri, nasi lemak satu takung, telur dadar sorang sekeping dan sambal daging tempatan. Nyum-nyum....sampai sekarang pun boleh bayang lagi rasa dia.
Chef Cup litup nasi dengan daun pisang.....aroma-aroma.

Seorang ahli BIKET yang sedang keriangan kerana boleh makan nasi lemak kat tempat sendri.

Tok penghulu tak mai pulak......sakit gigi kottt.........

Perasmian dilakukan oleh 2 orang ahli BIKET yang termashur.....tengok badan la wehhhh.....boleh agak ka sapa? hahahaha
Laporan : Lee Che Non

No comments:

Post a Comment