Sunday, February 22, 2009

Aktiviti JJCM 09 TIDAK KESAMPAIAN

Tengok signboard ja lah...... Masa ni la ceknon plak demam.... hampa (to'ki)


Plan da lengkap.... Tp apakan daya hajat beleum sampai..... Sabaq... sabaq....

Beginilah rupa mee banjir udang...... Aauukkkk....(Alhamdulillah) Tengok pun dah kenyang... Tap..tap... menitik ayak leoq punya sedap nampak mee nie..


Laporan - anak betong

Friday, February 20, 2009

TUNJUK AJARKU SIFU


nak tanya cepat la.... saya ada banyak keja len nak buek la'i......


beginilah cara memangkas/memotong yang betul......


tengok betul2...... nanti malas nak ulang lagi.

kena la hati2...... baru dapat pokok yang terbaik...
Penghargaan kepada http://matyiegarden.blogspot.com/ untuk gambar 2 hingga 4 ke bawah. TQ sifu

MUNGKINKAH DIA INI BAKAL AHLI BARU KELAB BILIK KECIK TERAGUNG?


atau........



permohonan kemasukan masih lagi dalam perbincangan ahli majlis tertinggi.......tungguuuuu keputusannya.



MELAWAT PASAR MALAM WAKAF CHE YEH YEH

wahaiiiiii peniaga-peniaga di wakaf che yehh yehh, hangpa tunggu sat, kami nak shopping ni
pilih batik hitam putih, untuk tema hari khamis.......tapi size tak cun

penuh perasaan dok tuang kuah nasi dageee
ni diaaaa bukti diaaaaa
Dok adjust harga dengan kak keropok keping.
hasil lawatan
Li Bad : Keropok keping campur-campur 2kg + nasi lemak + nasi dagee + otak-otak
Aswad (abang ehem-ehem) : keropok keping 2 kg jugak + nasi lemak
Kandai : keropok keping + 2 cd lagu kelate
Lee Che Non : nasi lemak 1 bungkus + nasi dagee setengah + otak-otak.......sedap
Laporan : Lee Che Non

Thursday, February 19, 2009

Hari Sookan 2009

Gadis litar rumah meghah......
Tu diaaaa, ketua rumah arah suruh pakai meghah semua.

Ada mata yang terbeliak......hahahahaha


Hari berganti hari, tibalah saat yang ditunggu-tunggu. Semua persedian telah dirancang, khemah pula telah didirikan,raptai pun dijalankan,persembahan cha-cha menarik perhatian, macam-macam makanan dan minuman telah disediakan......... dan kini tibalah saat yang dinanti-nantikan. Gadis papan tanda sedia berjalan, kami masing-masing menoleh ke kiri dan ke kanan mencari rakan kamera. Lie... mana Cheknon? Aduh..... mana nie? Fuhh..... Lie meriah betoi sookan kali ni. Tapi kamera mana? Mana kamera?
Ini...... ini juru kamera?

Laporan : Lelaki misteri, tapi yang pasti bukan Lee Che Non




upload by: anak betong.... tak pasti apa...... memang da pasti pown......

Wednesday, February 18, 2009

CARI CORENG ATAP DI KELANTAN

kat kedai brader rambut sebelah.....maggi dia punya sedap
Beli sikit.....percuma banyak.....ehem ehem
dok cerita ehem ehem
proses pemunggahan di rumah Lee Che Non

Hasil lawatan:
3 orang ahli bilik kecik + seorang jiran ahli bilik kecik berjaya membawa pulang banyak pokok coreng atap (14 pokok) dengan hanya bermodalkan RM150. Heeebattttttt hangpa no
Laporan : Lee Che Non

RAPTAI SOOKAN 09

Ni lontar peluru ka hempas peluru

Pasukan Kadet Bersatu Malaysia



Gadis cha-cha (top 3)... baik budak dia.. ok bagi la komen untuk depa.... vote anda sangat penting...




Gadis papan tanda (top 3)... dari rumah Mulia. Camna hangpa tengok? komen la sikit....




Gadis papan tanda (top 3 noo...) Hangpa jangan duk kacau.




BLOG RASMI KELAB BILIK KECIK TERAGUNG

DENGAN RASMINYA BLOG INI DIWUJUDKAN (18 FEB 09) BAGI MENGHARGAI SUMBANGAN MEREKA-MEREKA YANG TERISTIMEWA. MEREKA INILAH AHLI KELAB BILIK KECIK TERAGUNG.